Pejasma

DATO’ ABD RAHMAN MANAN

DATO’ ABD RAHMAN MANAN
DIMP., JWW., KMW., AMW., PPN.
Presiden PEJASMA &
Presiden Persatuan Bekas Kastam Malaysia & 
Bekas Setiausaha Agung CUEPACS

 

DATO’ ABD RAHMAN MANAN

DATO’ ABD RAHMAN MANAN

DIMP., JWW., KMW., AMW., PPN.
Presiden PEJASMA &
Presiden Persatuan Bekas
Kastam Malaysia & 

Bekas Setiausaha Agung CUEPACS

 

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum, Salam Sejahtera & Salam Malaysia Madani.

Syukur Alhamdulillah, kerana kita dapat bertemu buat pertama kalinya dalam Laman Sesawang PEJASMA yang baru diwujudkan.

Dengan wujudnya Laman Sesawang (Website) PEJASMA akan menjadi saluran komunikasi dan informasi untuk ahli – ahli PEJASMA dengan Kerajaan, khasnya YAB Perdana Menteri Malaysia, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Kementerian Kewangan (MOF), Jabatan / Agensi Kerajaan termasuk GLC, Pihak Swasta dan Masyarakat Umum.

PEJASMA yang dikenali sebagai “Persatuan Bekas Penjawat Awam & Swasta Malaysia”, mempunyai peranan untuk menjaga kepentingan dan kebajikan “Pesara Kerajaan / Kuasa Tempatan / GLC”, “Pesara / Bekas Pekerja Swasta” dan “Kerja Sendiri” sesuai dengan matlamat / objektif PEJASMA.

Selaras dengan konsep Malaysia Madani, PEJASMA senantiasa menjalinkan hubungan yang harmoni dengan pihak Kerajaan Persekutuan dan Negeri demi untuk ahli – ahli PEJASMA.

Kepada rakan – rakan yang belum menjadi ahli PEJASMA, marilah kita bersama – sama berjuang bersama PEJASMA kita, ‘Aamiin.

Sekian, terima kasih.

“PESARA KERAJAAN & SWASTA – ASET NEGARA”